Salam Satu Malaysia dan Selamat Datang ke Blog saya...


Di blog saya murid boleh mempelajari cara-cara membuat kolaj... Murid-murid juga boleh melihat pelbagai contoh kolaj dan menghasilkan kolaj mengikut kreativiti sendiri.. Selamat mencuba.. terima kasih..

Definisi Kolaj

Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan.
Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar.
Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan.
Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih.
Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan mengikut keativiti sendiri.
Murid boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj. Murid seronok membuat Kolaj.

Guru memberikan penerangan mengenai cara membuat Kolaj di Tahun Tiga

Kreativiti murid

Aktiviti : LANGKAH PERTAMA

Aktiviti : LANGKAH PERTAMA
Melihat gambar contoh buah-buahan dan warna yang sesuai.

LANGKAH KEDUA

LANGKAH KEDUA
Anda perlu melakar gambar buah-buahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar contoh. Sila gunakan kertas lukisan dan pensel untuk melukis.

LANGKAH KETIGA

LANGKAH KETIGA
Bahan-bahan yang diperlukan ialah kertas warna, gunting, gam. Anda boleh menggunakan pelbagai warna mengikut kreativiti sendiri. Sebelum memulakan, anda digalakkan untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

LANGKAH KEEMPAT

LANGKAH KEEMPAT
Murid mendengar lagu buah-buahan tempatan menyanyi bersama guru.

Murid dan Kolaj

Sebelum dan selepas..

SP & HSP

             TAJUK PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3
*Stensilan
*Montaj
*Capan
*Catan
*Kolaj
*Resis
*Lukisan
*Gurisan
*Tekapan
*Cetakan
*Lipatan dan guntingan
*Tarikan tali

Galleries










Jalur Gemilang Gergasi ini telah dibuat pada 02 September 2011, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil, Sepang, Selangor. Ia dibuat daripada 100 kilogram kepala parut yang dikeringkan.