Seni adalah sesuatu yang memberikan keseronokkan kepada semua. Ia juga merupakan sesuatu yang begitu indah sekiranya diamati dengan teliti dan menjiwai seni tersebut. Pelbagai flora dan fauna disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai suatu sumber inspirasi ketika membuat aktiviti seni.Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat.
KEPENTINGAN SENI
Aktiviti seni dapat memberikan kepuasan kepada semua. Melalui seni, kita dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Ia juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kita. Dengan melukis, kita dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindra. Seni juga adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.